Peladang Perlis Jalankan Projek Tanaman Harumanis RM5.5 Juta

Diterbitkan: Ahad, 24 Januari 2016 10:31 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Empat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di Perlis mengorak langkah dalam sektor pertanian moden melalui projek tanaman mempelam harumanis melibatkan kos sebanyak RM5.5 juta.

Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Negeri Shaidan Nordin berkata projek yang disertai PPK berkenaan menggunakan teknik penanaman di dalam rumah hijau bagi hasil yang lebih optimum dan berkualiti.

"Melalui teknik ini setiap pokok mendapat air dan baja yang mencukupi dan struktur pelindung tanaman melindungi pokok daripada hujan dan dijangkiti kulat di samping mengurangkan penggunaan racun kulat pada tanaman.

"Projek ini melibatkan PPK Paya, PPK Bintong, PPK Beseri dan PPK Mata Ayer di sini dan peruntukan diperoleh dari NCIA (Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara) melalui Program Permodenan Pertanian," katanya.

Shaidan berkata rumah hijau atau dikenali rumah kalis hujan itu boleh memuatkan sebanyak 235 pokok mempelam harumanis dan bagi projek ini, setiap PPK mampu menanam sehingga 705 anak pokok.

"Dijangka setiap PPK berkenaan mampu memungut pendapatan melebihi RM350,000 setahun pada peringkat awal dan kemungkinan menjangkau hingga RM400,000 setahun apabila pokok sudah cukup matang," katanya.

Shaidan berkata, setakat ini PPK Paya sudah memulakan projek berkenaan sejak setahun lepas membabitkan kos keseluruhan sebanyak RM1.25 juta.

"Tiga PPK lagi masih dalam peringkat awal pelaksanaannya dan dijangka akan mula mengeluarkan hasil dalam tempoh dua setengah tahun.

Sementara mempelam harumanis membuahkan hasil dan dipungut, tanaman sampingan bermutu seperti 'rock melon' dan cili fertigasi turut ditanam di celah tanaman di rumah hijau itu," katanya.

Beliau berkata mempelam harumanis yang ditanam di bawah projek berkenaan akan dipasarkan ke luar negara terutama Jepun dan Singapura.

"Kedua-dua negara itu mengimport harumanis dari Malaysia sejak tiga tahun lalu, bagaimanapun disebabkan permintaan yang tinggi bekalan sedia ada tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan pasaran," katanya.

Pelaksanaan projek oleh PPK terlibat itu diharap mampu menampung peningkatan permintaan selain memperluas pasaran harumanis di dalam dan luar negara..

"Setakat ini sebanyak enam PPK di bawah jagaan LPP negeri, sebuah persatuan peladang negeri dan dijangka dua lagi PPK di Titi Tinggi dan Padang Siding akan menyertai projek ini tidak lama lagi," katanya.

Tags / Kata Kunci: Peladang Perlis

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan