Najib Saksi Pertukaran 4 Dokumen Pelaburan RM1.3 Bilion Koridor Utara

Diterbitkan: Khamis, 21 Januari 2016 3:30 PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempengerusikan mesyurat ke 15, Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) di Bangunan Perdana Putra, Khamis.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Empat syarikat dengan jumlah pelaburan sebanyak RM1.3 bilion akan menubuhkan kemudahan inovasi dan inisiatif baharu dalam Wilayah Ekonomi Koridor Utara (Koridor Utara).

Empat syarikat berkenaan ialah Great Realty Sdn Bhd, Duria Manufacturing Sdn Bhd, Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Perlis dan Tandop Hotel Sdn Bhd.

Pertukaran dokumen antara Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), badan yang bertanggungjawab menetapkan hala tuju, dasar dan strategi Koridor Utara, dan keempat-empat syarikat itu disaksikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini, Khamis.

Majlis itu diadakan setelah selesainya Mesyuarat Majlis NCIA Ke-15, yang dipengerusikan oleh Najib, yang juga Menteri Kewangan.

Turut hadir pada mesyuarat itu ialah Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail.

"Di bawah perjanjian itu, syarikat-syarikat akan menubuhkan kemudahan inovasi dan inisiatif baharu dalam kawasan ini, yang akan menghasilkan kesan limpahan ketara seperti peluang perniagaan, penambahbaikan logistik serta meningkatkan gaya hidup rakyat," kata NCIA dalam kenyataan yang dikeluarkan sempena mesyuarat majlis.

Pada majlis pertukaran dokumen berkenaan, NCIA diwakili Ketua Eksekutifnya Datuk Redza Rafiq.

Great Realty, anak syarikat Belleview Sdn Bhd yang membina Aman Central di Alor Star, yang dikatakan sebagai pusat membeli belah terbesar di wilayah utara, diwakili oleh Pengarah Urusannya Datuk Sonny Ho Kiong Chan.

Duria Manufacturing, yang mengkhusus dalam pemprosesan hiliran dan pemasaran produk berasaskan durian diwakili oleh Pengarah Urusannya Wong Woei Meng manakala Tandop Hotel, antara rangkaian penginapan ekonomi pantas berkembang di wilayah utara, oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya Low Wey Heng.

Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Perlis, yang terlibat dalam pertanian  moden menggunakan rumah hijau dengan sistem fertigasi automasi untuk meningkatkan hasil pengeluaran tanaman dengan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di Perlis iaitu PPK Paya, PPK Beseri, PPK Mata Ayer dan PPK Bintong, diwakili oleh Pengarahnya Shaidan Nordin.-- Bernama



iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan