Impiana Hotels Urus Impiana-KCC Hotel Senai

Diterbitkan: Khamis, 21 Januari 2016 7:27 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: KCC Development Sdn Bhd melantik  Impiana Hotels and Resorts Management sebagai pengurus Impiana-KCC Hotel Senai yang akan datang di Johor.

Pengarah Eksekutif KCC Group of Companies Ker Soon Yong berkata hotel bandar bertaraf empat bintang itu, dengan anggaran nilai pembangunan kasar sebanyak RM50 juta, dijangka siap pada akhir tahun ini.

"Pembinaan hotel itu, yang bermula dua bulan lalu, kini 10 peratus siap.

Kontraktor kini giat berusaha untuk menyiapkan projek tersebut pada November," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian pengurusan antara KCC dan Impiana di sini, Khamis.

Pengurus Besar Impiana Stephan Gnagi berkata hotel itu, yang lapan minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, menjadikan ia lokasi yang amat baik untuk pelancong dan pulangan pelaburan yang amat baik untuk Impiana.

Selain Impiana-KCC Hotel Senai, Impiana turut memeterai perjanjian untuk menguruskan hotel resort dengan 832 bilik, di Port Dickson, Negeri Sembilan, pada 2018, yang akan menjadi hotel terbesar yang akan diuruskan di bawah portfolio Impiana.

Resort ini, dijangka dinamakan Impiana Splash Port Dickson, dibangunkan oleh Tanco Holdings Bhd.

Selain itu, Impiana turut memperluaskan dua resortnya di Phuket dan Koh Samui, Thailand. 

Di Phuket, pemilik Impiana Resort Patong bercadang untuk mengambil alih sebidang tanah berhampiran untuk meningkatkan bilangan bilik kepada 200, daripada 68 pada masa ini, menjelang 2017.

Sementara itu, menaik taraf Impiana Resort Chaweng Noi, Koh Samui, yang sedia ada dijangka menelan kos kira-kira AS$20 juta.-- Bernama

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan