Khazanah Sebahagian Perjanjian RM700 Juta Welab China

Diterbitkan: Rabu, 20 Januari 2016 3:30 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Khazanah Nasional Bhd, dana pelaburan strategik kerajaan, melabur dalam WeLab, salah satu daripada platform pinjaman mudah alih dan kredit analisis terbesar China, dalam transaksi pengumpulan dana Siri B berjumlah RM700 juta.

Dalam satu kenyataan, Khazanah berkata ia menerajui satu konsortium pelabur yang antara lain termasuk ING Bank dan Guangdong Financial Technology Group.

Pelaburan itu merupakan pembabitan pertama Khazanah dalam sektor kewangan di China, yang dijangka membolehkannya memperoleh pendedahah dalam pasaran perkhidmatan pinjaman pengguna yang pesat berkembang di negara itu, yang kini tidak dapat dipenuhi oleh perkhidmatan perbankan tradisional.

Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar berkata pelaburan dalam WeLab akan terus memperkukuhkan kehadiran Khazanah dalam sektor inovasi dan teknologi di peringkat antarabangsa.

"Model perniagaan WeLab adalah menarik kerana syarikat itu bekerjasama dengan institusi kewangan untuk menyediakan penyelesaian perbankan berasaskan platform dalam talian dan mudah alih, sambil menyediakan kemudahan kredit pada kadar berpatutan kepada golongan yang tidak berkemampuan untuk mendapatkan pembiayaan melalui saluran tradisional," katanya.

Usaha pengumpulan dana itu juga berikutan muktamadnya proses pengumpulan dana Siri A berjumlah US$20 juta pada Januari 2015 yang menyaksikan penyertaan sekumpulan pelabur strategik dan kewangan, termasuk kumpulan TOM daripada CK Hutchison dan Sequoia Capital. 

Ditubuhkan di Hong Kong pada 2013, WeLab memiliki kekuatan dalam bidang inovasi dan pengurusan risiko. Malah, ia menyediakan pengalaman pinjaman dalam talian dan mudah alih baharu di China dan Hong Kong.

WeLab mengendalikan Wolaidai, salah satu perkhidmatan pinjaman mudah alih terbesar di China serta WeLend.hk iaitu perkhidmatan pinjaman dalam talian terkemuka di Hong Kong, kata kenyataan itu.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Khazanah , Welab China

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan