suria

Mega Bazaar Himpun Peniaga Online Dan Produk Kegilaan Netizen

KUALA LUMPUR: Seramai 150 usahawan atas talian bakal mempertaruhkan pelbagai jenis produk terbaik yang menjadi kegilaan netizen di Festival Mega Bazaar 2016 yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Mid Valley (MVEC) pada 13 dan 14 Februari ini.

Selain itu, pameran tersebut juga bakal mencungkil bakat seramai 300 peniaga atas talian untuk diketengahkan melalui program 'Online Best'  (Transformasi Kejayaan Keusahawanan Perniagaan Online) anjuran Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Putrajaya (DPMM-Putrajaya) bersama Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju).

Ketua Pegawai Eksekutif Eh Eh Bazaar Sdn. Bhd, Iffah Zaimi berkata, Mega Bazaar merupakan platform terbesar yang dapat mengumpul peniaga atas talian dari seluruh negara.

Menurutnya, selain bertemu pelanggan secara langsung, pameran tersebut juga dapat membantu peniaga meningkatkan hasil jualan dan publisiti.

"Mega Bazaar tahun ini merupakan kesinambungan daripada kejayaan Mega Bazaar yang diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia, Serdang yang berjaya memikat 100,000 pengunjung dengan jualan sebanyak lebih RM6 juta.

"Sebagai pelopor dalam industri bazaar online, matlamat Eh Eh Bazaar adalah untuk membantu usahawan Bumiputera bersaing dalam dunia perniagaan online yang semakin popular ini.

"Selain jualan produk oleh usahawan, Mega Bazaar juga dimeriahkan dengan pelbagai aktviti menarik seperti persembahan artis tempatan, pelancaran portal bazar iaitu www.eebians,com, program mentor, khidmat nasihat dan demonstrasi produk," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Iffah Zaimi menambah, pameran yang bertemakan 'Hijra' itu merupakan simbolik kepada peningkatan imej perniagaan bazar ke peringkat yang lebih tinggi sekaligus membuka peluang kepada lebih banyak potensi keusahawanan.

Jelasnya, tempahan gerai jualan dan pameran masih dibuka kepada orang ramai.

Maklumat lanjut mengenai Mega Bazaar 2016, penempahan gerai jualan dan pelbagai program boleh didapati di laman rasmi Eh Eh Bazaar iaitu www.ehehbazaar.com atau hubungi 012-2920131 (Zaff) dan 03-89120716 (Jas).

Mega Bazaar, MVEC

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain