suria

Maybank Sasar 200 Syarikat Teknologi Kewangan Sertai #MaybankFintech2016

KUALA LUMPUR: Malayan Banking Bhd (Maybank) menyasarkan untuk menarik sekurang-kurangnya 200 syarikat teknologi kewangan (Fintech) dari seluruh dunia menyertai #MaybankFintech2016, program tahunan kali kedua anjurannya.

Dalam satu kenyataan, Maybank berkata peserta akan mengikuti pelbagai proses senarai pendek, dan calon yang layak ke peringkat akhir akan dibawa ke Kuala Lumpur.

Ketua Pembangunan Korporat dan Inovasi Amran Hassan berkata program itu adalah sebahagian daripada inisiatif Maybank untuk mencari teknologi kewangan yang kini semakin penting.

"Menerusi #MaybankFintech2016, pserta bukan sahaja memdapat peluang untuk bertemu pakar industri bank, malah memperoleh pengesahan pasaran serta akses kepada sumber teknikal.'

"Kajian menunjukkan penggunaan teknologi perlu bagi memenuhi jangkaan pelanggan ke atas pengunaan, justeru kami berminat menyokong program ini," katanya.

Beliau berkata Maybank memperoleh inspirasi hasil kejayaan #MaybankFintech2015 pertama, yang menghasilkan pelbagai idea inovatif menerusi penyertaan lebih 100 syarikat teknologi dari 10 negara, termasuk Malaysia, Indonesia, Tunisia, Ukraine, Chile dan Amerika Syarikat.

Pendaftaran untuk #MaybankFintech2016 boleh dibuat menerusi www.maybankfintech2016 sehingga 22 Jan, 2016, diikuti siri penilaian awal.

Pertandingan akhiri akan berlangsung pada Mac 2016. 

Pertanyaan boleh dibuat menerusi emel - [email protected] Bernama 

#Maybankfintech2016, Maybank

Artikel Sebelum

Artikel Lain