Cafe Malaysia Sasar Raih Urus Niaga RM20 Juta - Niaga | mStar

Cafe Malaysia Sasar Raih Urus Niaga RM20 Juta

Diterbitkan: Khamis, 14 Januari 2016 7:49 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Cafe Malaysia 2016, perhimpunan terbesar  pemain industri kopi dan teh Malaysia dijangka meraih urus niaga perniagaan kira-kira RM20 juta semasa acara tiga hari itu yang bermula, Khamis.

Pengurus Besar Conference and Exhibition Management Services Steven Tan berkata lebih 10,000 pengunjung dijangka mengunjungi acara tersebut.

Beliau berkata pameran sulung yang dilancarkan tahun lepas meraih urus niaga perniagaan antara RM10 juta dan RM15 juta.

"Malaysia menjadi platform perniagaan kepada perniagaan yang dinamik bagi pembuat keputusan utama untuk mendapatkan keperluan kafe mereka dan meneroka peluang kerjasama baharu. 

"Ini juga termasuk mencari peluang di negara yang mana bilangan peminum kopi istimewa berkembang sejak beberapa tahun ini," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Cafe Malaysia 2016 di sini, Khamis. 

Pelancaran pameran itu, yang menampilkan lebih 102 pempamer dari 13 negara, disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia Datuk Dzulkifli Mahmud. 

"Pemain yang menyertai acara itu dan malahan mereka yang berminat menjadi sebahagian daripada industri sudah pastinya dapat belajar dan memperoleh pengalaman daripada perhimpunan penting pakar-pakar kopi di seluruh rantau Asean," katanya. -- Bernama

Tags / Kata Kunci: Cafe Malaysia , Steven Tan , Dzulkifli Mahmud
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan