Khazanah Nasional Suntik RM1 Bilion Dalam ValueCap

Diterbitkan: Rabu, 13 Januari 2016 7:53 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Khazanah Nasional Bhd menyuntik RM1 bilion ke dalam firma pelaburan ekuiti ValueCap Sdn Bhd setakat ini, bagi membantu menyokong pasaran, kata Pengarah Urusannya Tan Sri Azman Mokhtar.

"Satu bilion ringgit telah disuntik (setakat ini). Mereka tidak perlu suntikan keseluruhan sekali gus. Sehubungan itu, mereka akan memperolehnya secara progresif daripada komitmen yang dibuat," katanya pada Ulasan Tahunan Khazanah Ke-12, di sini, Rabu. 

Pada September tahun lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata sejumlah RM20 bilion akan disuntik ke dalam ValueCap bagi merangsang pasaran saham.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata suntikan dana RM20 bilion ke dalam ValueCap akan disumbang oleh Khazanah Nasional Bhd, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) dan Permodalan Nasional Bhd.

Pada 5 petang, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mencatatkan  1,642.54, meningkat sedikit sebanyak 1.17 mata berbanding semasa ditutup semalam yang merekodkan 1,641.37.

Mengenai pengubahsuaian Bajet 2016, beliau berkata Khazanah bersedia untuk memainkan peranan lebih besar dalam merangsang ekonomi domestik seperti yang disebut oleh Perdana Menteri.

"Kami melakukan banyak perancangan menghadapi pelbagai situasi semasa tempoh turun naik dan ketidaktentuan ini, dan kami bersedia untuk semua situasi," katanya.

Beliau berkata syarikat mampu melakukan lebih lagi dalam merangsang ekonomi tempatan namun langkah sedemikian harus dibuat secara berdisiplin agar tidak menjejaskan porfolionya.

Minggu lepas Perdana Menteri mengumumkan pengubahsuaian Bajet 2016 akan dibuat bagi mencerminkan cabaran luaran yang dihadapi ekonomi negara termasuk kelembapan ekonomi China dan situasi penyusutan harga minyak.

Antara pengubahsuaian yang akan dibuat ialah mengoptimumkan perbelanjaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) perlu memainkan peranan yang lebih hebat dalam ekonomi domestik. 

Sementara itu, beliau berkata syarikat di bawah Khazanah seperti Malaysia Airlines dan Tenaga Nasional Bhd (TNB) mendapat manfaat daripada penyusutan harga komoditi disebabkan syarikat-syarikat ini adalah pengguna besar komoditi.

Mengenai proses penstrukturan semula Malaysia Airlines, Azman berkata syarikat kini memasuki tempoh yang menuntut mereka menunjukkan keupayaan operasi.

"Lima belas bulan pertama (sejak pengumuman penstrukturan semula) ialah berkenaan 'resetting' (menetapkan semula). Dalam tempoh 15 bulan akan datang, mereka (Malaysia Airluines) perlu mempamerkan keupayaan operasinya," katanya, menambah penjenamaan semula syarikat penerbangan itu bukan satu keutamaan. 

Bagaimanapun beliau berpuas hati dengan perkembangan yang dicatat dalam proses penstrukturan semula itu dan pencapaiannya setakat ini.

Mengenai Perkongsian Trans-Pasifik (TPP), Azman berkata Khazanah bekerjasama rapat dengan kerajaan bagi menangani sesetengah isu termasuk persediaan GLC apabila perjanjian itu berkuat kuasa.

Bagaimanapun katanya TPP memperuntukkan tempoh tambahan dua tahun untuk Khazanah dan syarikat milik kerajaan lain bersedia sementara menunggu pembaharuan perundangan berkaitan syarikat milik kerajaan.-- Bernama




Tags / Kata Kunci: Khazanah Nasional , ValueCap

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan