Juara Selera Pasar Dua Produk Beras Basmathi

Diterbitkan: Rabu, 6 Januari 2016 6:56 PM

(Ubah saiz teks)

PARIT BUNTAR: Syarikat pengeluar beras milik bumiputera, Juara Selera Sdn Bhd melabur sebanyak RM500,000 untuk memasarkan dua produk beras basmathi di bawah jenama Juara Haryana di pasaran tempatan tahun ini.

Pengarah Urusannya Zulkifli Jamaldin berkata, beras yang diimport dari Pakistan dan India itu memiliki beberapa kelebihan seperti saiz yang panjang serta tidak mudah rosak.

"Ini merupakan produk beras terbaharu yang diteroka oleh syarikat bagi memenuhi permintaan rakyat negara ini.

"Selain rasanya yang sedap, ia juga amat sesuai untuk mereka yang mengamalkan diet," katanya kepada Bernama di sini, Rabu. 

Zulkifli berkata, beras yang dimport dari India dibungkus dalam pek berwarna hijau, manakala beras Pakistan pula dalam pek berwarna biru dan dijual pada harga RM42 untuk lima kilogram.

Menurut Zulkifli beras berkenaan boleh didapati di pasar raya besar seperti  Mydin, Tesco, Aeon Big, Giant selain Kedai Rakyat Satu Malaysia (KRIM) dan  pasar raya Perwira Niaga Malaysia (Pernama).

"Orang ramai tidak perlu ragu-ragu untuk mendapatkan beras basmathi Haryana kerana ia halal dan 100 peratus keluaran yang tidak meragukan.

"Walaupun pelbagai jenama beras terdapat di pasaran tetapi jenama beras syarikat ini mampu bersaing dengan pelbagai jenama lain yang ada," katanya.

Zulkifli berkata bermula bulan depan syarikat itu akan mengeluarkan produk nasi impit yang dibungkus dalam pek 700 gram dan pek 600.

"Pengeluaran nasi impit ini merupakan usaha syarikat dalam mempelbagaikan keluaran bagi memenuhi permintaan terhadap barangan keluaran bumiputera di pasaran," katanya.

Syarikat itu turut mengeluarkan beras tempatan di bawah jenama Beras Juara seperti 'Juara 5', 'Juara Kuning' dan 'Kampung Seri', selain mengimport beras dari Thailand yang menggunakan jenama 'Langsat Hijau', 'Langsat Biru' dan 'Selera 5'. -- Bernama



iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan