suria

Pasaran UK Tawarkan Peluang Kepada Pembuat Perabot Malaysia

KUALA LUMPUR: Penyiapan lebih banyak projek perumahan mampu milik serta peningkatan keyakinan pelanggan di United Kingdom (UK) akan membuka laluan kepada pembuat perabot Malaysia untuk memanfaatkan pasaran yang semakin berkembang itu, demikian menurut Majlis Perkayuan Malaysia (MTC).

Menurut MTC, 16 pembuat perabot tempatan akan menyertai Pameran Perabot Januari (JFS) 2016 di Birmingham dari 24 hingga 27 Januari, menurut MTC dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MTC, Datuk Abdul Rahim Nik melahirkan keyakinan pempamer Malaysia akan memberi persembahan menarik bagi pameran itu yang akan menawarkan peluang baik kepada syarikat Malaysia untuk memasuki pasaran UK.

"Penyertaan dalam JFS 2016, yang merupakan acara kelengkapan dan perabot terbesar di UK, adalah seiring dengan usaha MTC untuk mempromosikan perabot Malaysia di peringkat global," katanya.

Dari Januari hingga Oktober 2015, eksport perabot kayu Malaysia ke UK meningkat 17 peratus, tahun ke tahun, kepada RM302.8 juta.

Di bawah Program Zon Perumahan UK bernilai 400 juta pound, lebih banyak projek rumah mampu milik dijangka siap dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Aliran positif di UK turut dijangka berterusan dengan peningkatan perbelanjaan isi rumah dan inflasi yang rendah.

MTC

Artikel Sebelum

Apple Watch Kini Di Malaysia

Artikel Lain