suria

Anak Syarikat Protasco Peroleh Kontrak Kejuruteraan

KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Protasco Bhd, Kumpulan Ikram Sdn Bhd telah memperolehi kontrak kejuruteraan daripada Kementerian Kerja Raya.

Protasco dalam makluman kepada Bursa Malaysia, berkata Kumpulan Ikram akan menyediakan perkhidmatan kejuruteraan forensik ke atas cerun dan struktur cerun  berkaitan untuk tempoh tiga tahun, dengan opsyen pembaharuan selama dua tahun, pada anggaran harga kontrak sebanyak RM25 juta setahun.

"Perkhidmatan ini yang akan disediakan oleh Ikram, berkuat kuasa dari 1 Jan, 2016 dan meliputi semua cerun yang bermasalah di seluruh Malaysia kecuali jalan Persekutuan, jalan raya yang masih di bawah perjanjian konsesi penswastaan (jalan bertol) dan projek yang masih menunggu penyelesaian oleh kerajaan atau agensi kerajaan agensi," katanya

Protasco Berhad

Artikel Lain