MAB Mahu Gunakan Penyelesaian Pengurusan Airpas Aviation

Diterbitkan: Selasa, 22 Disember 2015 9:50 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines Bhd (MAB) mengumumkan hubungan jangka panjang dengan Airpas Aviation di mana ia akan menggunakan penyelesaian pengurusan kos yang unik milik syarikat dari Jerman itu bagi  mengawal dan mengurangkan kos operasi langsungnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (CEO) Christoph Mller berkata Airpas akan menyokong MAB dalam usaha untuk mendapatkan semula keuntungan dengan memperkemaskan pemprosesan, membolehkan kawalan berpusat bagi kontrak, bajet dan debit syarikat penerbangan itu serta mengurangkan perbelanjaan yang berlebihan.

"Tambahan pula, MAB akan menggunakan penyelesaian Airpas untuk mengubah proses dalaman daripada pihak pengurusan stesen sehingga kepada perolehan dan kewangan," kata Mller dalam satu kenyataan Selasa.

Katanya, Airpas telah menjadi peneraju pasaran dalam sistem pengurusan kos dan laluan keuntungan untuk selama 12 tahun sekarang ini dan telah membantu  syarikat penerbangan seperti Emirates dan Ryanair menangani kos operasi langsung dan proses kewangan mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Airpas Aviation, Reinhold Renger berkata syarikat berasa sukacita dan mengalu-alukan Malaysia Airlines sebagai pelanggan pertamanya di Asia Tenggara yang mencerminkan kepentingan rantau ini sebagai fokus pertumbuhannya.

"Ini menunjukkan keyakinan syarikat itu ke dalam kepakaran perundingan dan perisian kami serta keuntungan melabur dalam Airpas," kata Renger.

MAB, yang merupakan anggota Oneworld, dijangka menghasilkan keuntungan pertamanya pada 2017. Syarikat itu sedang melalui satu pelan penyusunan semula yang sengit, termasuk pelancaran semula syarikat penerbangan tersebut pada 1 September lepas.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: MAB , Airpas Aviation , Christoph Mller

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan