Bouverot Ketua Asia Selatan Nokia-Alcatel-Lucent

Diterbitkan: Selasa, 22 Disember 2015 7:30 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Nokia melantik Nicholas Bouverot, yang masa ini Ketua Jepun di Alcatel-Lucent, sebagai Ketua Asia Selatan, yang menjadi  sebahagian daripada gabungan Nokia dan Alcatel-Lucent.

Dalam kenyataan pada Selasa, Nokia berkata, Bouverot akan mengurus dan mengawal selia gabungan operasi pelanggan syarikat di Asia Selatan yang termasuk Bangladesh, Brunei, Malaysia, Maldives, Filipina, Singapura dan Sri Lanka.

"Bouverot akan menjalankan pelaksanaan strategi dan meningkatkan hubungan perniagaan dengan pelanggan, disokong oleh tumpuan strategik ke atas inovasi dan kualiti," katanya.

Nokia berkata cadangan pelantikan itu akan berkuat kuas selepas kejayaan penutupan tawaran pertukaran awam bagi saham Alcatel-Lucent yang diumumkan pada 15 April tahun ini dan tertakluk kepada penyelesaian kerja-kerja berkaitan prosedur perundingan majlis.

Ketua Asia Pasifik dan Jepun di Nokia, Paul Tyler, berkata Bouverot mempunyai rekod prestasi yang kukuh dan pengalaman luas dalam memacu penyelesaian pelanggan yang terbaik di unit pasaran.

"Saya berharap dapat bekerjasama dengan beliau berikutan kami terus memacu momentum perniagaan dalam unit pasaran," katanya. 

Pelantikan Bouverot itu diikuti pengumuman mengenai pasukan kepimpinan kanan dan struktur organisasi bagi gabungan Nokia dan Alcatel-Lucent pada 7 Okt, 2015, katanya. -- Bernama

Tags / Kata Kunci: Nokia , Nicholas Bouverot , Alcatel-Lucent

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan