suria

Malindo Air Lancar Laluan KL-Colombo

KUALA LUMPUR: Malindo Air melancarkan perkhidmatan penerbangan harian dari Kuala Lumpur ke Colombo, Sri Lanka, negara kesembilan syarikat penerbangan hibrid itu dalam pengembangan rangkaian antarabangsanya.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Chandran Rama Muthy berkata Colombo sebagai sebuah destinasi baharu bagi Malindo menandakan satu lagi pencapaian penting bagi syarikat itu dan pelancaran penerbangan sulung ke Colombo hari ini menonjolkan satu era baharu bagi perjalanan syarikat penerbangan tersebut yang masih baharu.

"Walapun memang benar kami terus berkembang, mengangkut lebih ramai orang dengan menggunakan lebih banyak pesawat ke lebih banyak tempat, kamu meneruskan usaha kami untuk menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan kami," katanya dalam satu kenyataan. 

Tambang pengenalan bagi laluan baharu itu bermula pada RM339 bagi Kelas ekonomi dan RM579 bagi Kelas Perniagaan sehala semua terangkum, dan termasuk manfaat tambahan seperti peruntukan bagasi percuma, hiburan dalam penerbangan, hidangan makanan dan kudapan. 

Beliau juga berkata Malindo Air bekerjasama rapat dengan Tourism Malaysia untuk mempromosikan pelbagai daya tarikan negara di Sri Lanka, termasuk Grand Prix F1 Petronas Malaysia, Jualan Mega 1Malaysia, Festival Jazz Borneo, taman tema LEGO Land serta pusat ekopelancongan menarik seperti Hutan Belum, Gua Mulu dan Gunung Kianabli Kinabalu. -- Bernama



Malindo Air, Colombo

Artikel Berikut

Tiada Jalan Mudah Untuk PKS

Artikel Lain