SPNB Lantik Ahmad Azizi Sebagai CEO Kumpulan

Diterbitkan: Rabu, 16 Disember 2015 4:40 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) melantik Datuk Ahmad Azizi Ali sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan SPNB berkuat kuasa serta merta.

Menurut SPNB dalam satu kenyataan hari ini, Ahmad Azizi merupakan CEO yang kelima sejak penubuhan SPNB pada 21 Ogos, 1997.

Beliau yang berasal dari Kuala Kangsar, Perak berkhidmat di SPNB sejak 2004.

Ahmad Azizi mempunyai pengalaman luas dalam pengurusan projek dan pentadbiran kewangan sepanjang perkhidmatannya dengan syarikat United Engineers Bhd dan HICOM Bhd serta terkini di SPNB.

Sebelum ini beliau merupakan Naib Presiden Kanan (Projek) SPNB yang bertanggungjawab mengenai keseluruhan pelaksanaan projek di bawah SPNB dan kemudian sebagai CEO SPNB Aspirasi Sdn Bhd.

Kini, tanggungjawab Ahmad Azizi diperluaskan lagi dengan memimpin pengurusan, operasi dan anak syarikatnya SPNB, seperti SPNB Aspirasi Sdn Bhd, SPNB Mesra Sdn Bhd, SPNB Idaman Sdn Bhd, SPNB Edar Sdn Bhd dan SPNB Dana Sdn Bhd.

Tags / Kata Kunci: SPNB

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan