suria

Country Heights Bentuk Syarikat Usaha Sama Bagi Rombak Semula Hotel

KUALA LUMPUR: Pemaju hartanah, Country Heights Holdings Bhd (CHHB) telah memeterai perjanjian usaha sama (JV) dengan Galaxus Corp Sdn Bhd dan Tan Sri Lee Kim Tiong@Lee Kim Yew untuk merombak pengurusan dan perniagaan hotel Palace of the Golden Horses di Seri Kembangan.

CHHB dalam makluman kepada Bursa Malaysia, berkata sebuah syarikat usaha sama, Stallion Management Sdn Bhd telah ditubuhkan bagi melaksanakan rombakan itu.

Menurut perjanjian usaha sama itu, CHHB akan memberikan sumbangan ekuiti sebanyak RM690,000 untuk memiliki 69 peratus dalam Stallion Management, Galaxus RM300,000 (30 peratus) dan Lee RM10,000 (1.0 peratus).

Kim Tiong merupakan seorang pengarah dan pemegang saham utama CHHB.

"JV itu dijangka mencari rakan kongsi strategik bagi mengembangkan perniagaan hotel, mengumpul dana untuk pengembangan dan menyasarkan usaha terbaik bagi mendapatkan lima hotel tambahan di Asia yang akan diuruskan sebagai sebahagian daripada perniagaan," katanya.

"Usaha sama itu tidak akan memberi sebarang kesan material kepada pendapatan, gearan dan aset bersih ketara milik Kumpulan CHHB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015. Bagaimanapun, ia dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatan masa depan kumpulan," katanya.-- Bernama


Artikel Berikut

Boeing 737 Max 8 Diperkenalkan

Artikel Lain