suria

Anak Syarikat Barakah Offshore Petroleum Dapat LOA Daripada Petronas

KUALA LUMPUR: Anak syarikat Barakah Offshore Petroleum Bhd, PBJV Group Sdn Bhd, telah menerima Surat Anugerah (LoA) daripada Petronas Gas Bhd untuk membaiki dan menyelenggara saluran paip Gas Sabah-Sarawak.

Barakah dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, berkata LoA itu meliputi pemeriksaan, pengujian, pembaikan dan penyelenggaraan paip serta  infrastruktur berkaitan bagi mengekalkan integriti saluran paip tersebut.

Tempoh LOA bermula dari 1 Disember 2015 hingga 30 Nov 2017, termasuk opsyen untuk sambungan tahunan.

"Nilai LOA akan bergantung kepada bilangan program kerja yang akan dijalankan dalam tempoh kontrak berdasarkan kadar unit yang dinyatakan.

"Kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih sesaham Kumpulan Barakah dalam tempoh tersebut," katanya.

Saluran Paip Gas Sabah-Sarawak terdiri daripada rangkaian paip daratan  sepanjang 503 kilometer yang menghubungkan Terminal Minyak dan Gas Sabah di Kimanis, Sabah dan Kompleks LNG Petronas di Bintulu, Sarawak.

Barakah Offshore

Artikel Berikut

Artikel Lain