Pengguna i-Akaun KWSP Naik Kepada 3.10 Juta Pada Suku Ketiga 2015

Diterbitkan: Jumaat, 4 Disember 2015 4:38 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jumlah pengguna i-Akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meningkat 58.09 peratus kepada 3.10 juta pada suku ketiga 2015 berbanding 1.96 juta pada tempoh sama tahun lepas.

Dalam kenyataan hari ini, KWSP berkata penggunaan laman web myEPF naik 28.53 peratus kepada 4.03 juta pada suku ketiga 2015 berbanding 3.10 juta pada suku sama 2014.

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Shahril Ridza Ridzuan, berkata dana itu gembira apabila semakin ramai ahli memanfaatkan perkhidmatan i-Akaun yang bukan sahaja memberikan fleksibiliti kepada ahli untuk memantau akaun KWSP mereka, tetapi ia telah menjadi pintu laluan kepada perkhidmatan elektronik KWSP lain seperti e-Caruman dan e-Pengeluaran.

"Kami juga melihat kadar penggunaan yang memberangsangkan bagi aplikasi mudah alih EPF i-Akaun dan menggalakkan ahli memuat turun aplikasi ini yang boleh digunakan dengan Google Android dan Apple iOS, supaya semakan akaun KWSP dapat dilakukan dengan lebih mudah dan pantas," katanya.

KWSP berkata jumlah majikan yang berdaftar pada suku ketiga 2015 adalah 14,748, menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 537,123, naik 1.66 peratus daripada 528,369 pada suku ketiga 2014.

Katanya jumlah ahli KWSP meningkat 2.38 peratus daripada 14.11 juta pada suku ketiga 2014 kepada 14.45 juta pada suku ketiga 2015, dan 6.74 juta merupakan ahli aktif.

Mengenai e-Caruman, KWSP menggalakkan majikan menggunakan kemudahan itu yang merupakan alternatif lebih mudah untuk menghantar maklumat caruman dan membuat bayaran.

"Sehingga akhir September 2015, sejumlah 298,746 majikan menggunakan perkhidmatan e-Caruman," katanya.

Shahril berkata faktor utama yang menggalakkan peningkatan penggunaan e-Caruman adalah penambahan jumlah institusi kewangan yang membuat bayaran secara dalam talian, termasuk Maybank, CIMB, Hong Leong dan Public Bank. -- Bernama

Tags / Kata Kunci: i-Akaun KWSP , myEPF , Shahril Ridza Ridzuan

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan