Penjualan Aset Tenaga 1MDB Tidak Beri Impak Kepada Pasaran

Diterbitkan: Selasa, 1 Disember 2015 3:00 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tindakan 1Malaysia Development Bhd menjual aset tenaganya kepada firma China, tidak akan memberi sebarang impak kepada pasaran, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Ini tegasnya, berikutan sistem kewangan negara yang sememangnya luas.

"Pasaran tukaran asing kita juga besar. Setakat ini berdasarkan pemantauan kita, transaksi tunggal tidak memberi impak kepada pasaran.

"Hanya transaksi kumulatif yang akan memberi kesan terhadap pasaran," katanya selepas merasmikan Sidang Kemuncak Tenaga Kepimpinan Iclif Asia 2015, di sini, Selasa.

Beliau diminta mengulas mengenai kemungkinan impak yang berlaku susulan tindakan sayap tenaga 1MDB, Edra Global Energy Bhd, menjual kesemua asetnya kepada China General Nuclear Power Corp dan unitnya (CGN Group) bernilai RM9.83 bilion.

Zeti turut menyifatkan sistem perbankan Malaysia baik serta kukuh dengan penampan modal yang besar manakala susut nilai pinjaman pula rendah sebanyak 1.5 peratus.

Mengulas siasatan terhadap 1MDB, beliau berkata ianya setakat ini mencatat perkembangan.

"Kita sudah menyiapkan siasatan itu. Pada masa ini, ada beberapa perkembangan dalam tindakan yang kita ambil dan melibatkan beberapa kelulusan yang diberikan kepada mereka," katanya. 

Tags / Kata Kunci: 1MDB

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan