Untung Pracukai Q3 RHB Susut

Diterbitkan: Isnin, 30 November 2015 3:07 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai RHB Capital Bhd bagi tempoh suku ketiga (Q3) berakhir 30 Sept, 2015 susut kepada RM294.34 juta berbanding RM714.93 juta pada suku yang sama pada 2014.

Hasil berkurangan kepada RM2.64 bilion berbanding RM2.72 bilion sebelumnya, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Isnin.

Jumlah aset kumpulan itu meningkat 4.7 peratus atau RM10.2 bilion kepada RM229.6 bilion sehingga 30 Sept 2015, manakala dana pemegang saham sebanyak RM20.5 bilion.

Pinjaman dan pembiayaan kasar RHB Capital tumbuh lima peratus sepanjang sembilan bulan pertama 2015 dan 10 peratus tahun ke tahun kepada RM149.6 bilion.

Tidak termasuk pembayaran semula sebuah korporat besar dalam tempoh itu, pertumbuhan pinjamkan kasar sebanyak 6.5 peratus sepanjang tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.

Penguasaan pasaran pinjaman domestik kumpulan itu sebanyak 9.4 peratus sehingga 30 Sept, 2015.

Pengarah Urusan Kumpulan Perbankan RHB Datuk Khairussaleh Ramli berkata prestasi keseluruhan kumpulan itu memuaskan walaupun mengharungi persekitaran ekonomi dan perniagaan yang mencabar, terutama dalam perbankan pelaburan.

Beliau berkata kumpulan itu akan meningkatkan tumpuannya ke atas pengurusan kecekapan operasi dan mengekalkan kualiti aset yang padu.

"Penyelesaian Skim Peralihan Kerjaya syarikat itu akan mewujudkan organisasi yang lebih kecil namun berkecekapan tinggi," katanya.

Khairussaleh berkata bank itu yakin penyelesaian cadangan terbitan hak dan pengurusan semula peringkat dalaman, yang dijangkakan selesai menjelang suku pertama 2016, akan meletakkan kumpulan itu pada kedudukan yang lebih kukuh untuk mencatat pertumbuhan dan keuntungan.

Tags / Kata Kunci: RHB

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan