Bermaz Tiada Rancangan Naik Harga Mazda

Diterbitkan: Isnin, 30 November 2015 5:53 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bermaz Motor Sdn Bhd, pengedar kenderaan Mazda di Malaysia, tidak mempunyai rancangan untuk menaikkan harga jualan meskipun ringgit kurang memberangsangkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Seri Ben Yeoh Choon San berkata ini kerana kadar pertukaran yang stabil antara ringgit dan yen, serta struktur tawaran keretanya, yang kebanyakannya unit komponen terurai (CKD).

"Kami telah membeli kereta kami dalam yen sejak beberapa tahun lepas dan majoriti kenderaan yang kami jual sekarang adalah CKD," katanya kepada pemberita di luar acara persidangan Institut Industri Motor (IMI) di sini, Isnin.

Beliau adalah ahli panel acara berkenaan.

Yeoh berkata rakan kongsi Bermaz dan syarikat automotif Jepun, Mazda Motor Corporation, meninjau untuk meningkatkan kandungan tempatan dalam kereta CKD yang boleh merendahkan kos.

"Syarikat mengeluarkan lebih banyak kereta untuk meningkatkan kecekapan dan sebaliknya mengurangkan kos. Ini akan membantu mengurangakn sebarang kenaikan dalam tukaran asing," katanya.

Mengenai unit siap bina (CBU), Yeoh berkata Bermaz mengurangkan kenaikan kos melalui pengurangan kos operasi.

Beliau berkata syarikat akan menaikkan harga jika ringgit semakin lemah sehingga ke tahap yang tidak lagi berdaya maju bagi syarikat untuk menjual kereta pada kadar semasa.

Mengenai model baharu, beliau berkata Bermaz akan melancarkan kenderaan utiliti sports baharu, CX3 tahun ini dan beberapa model baharu lain pada 2016.

Beliau berkata pelancaran baharu akan terus mengukuhkan lagi bahagian pasaran syarikat yang kini antara dua peratus hingga 2.5 peratus.

Setakat Oktober, Bermaz menjual 12,000 kenderaan.

Sementara itu, mengenai perjanjian perkongsian Trans-Pasifik (TPP), Yeoh berkata perjanjian berdagangan bebas itu dijangka mempunyai kesan tidak langsung terhadap bekalan komponen berikutan akses pasaran bebas kepada pembekal alat ganti luar negara.

Tags / Kata Kunci: Bermaz Motor , Mazda

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan