suria

Lebih 40 Syarikat Sertai Iskarnival 2015

JOHOR BARU: Lebih 40 syarikat akan menyertai karnival  kerjaya Iskarnival 2015 yang menawarkan peluang pekerjaan di Iskandar Malaysia pada 5 dan 6 Disember ini.

Dianjurkan oleh Iskandar Investment Bhd (IIB), Khazanah Nasional Bhd dan UEM Sunrise Bhd, karnival dibuka kepada umum dari 10 pagi hingga 10 malam (5 Disember) dan 10 pagi hingga 6 petang (6 Disember).

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif IIB Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim berkata karnival yang merupakan antara kegiatan tanggungjawab sosial korporat syarikat itu turut menampilkan pameran hartanah dan pendidikan.

"Kami harap penduduk Johor serta Singapura akan mengambil peluang mengunjungi Iskarnival 2015 yang berlangsung di Puteri Harbour ini," katanya.

Pada tahun lepas, karnival menarik lebih 100,000 pelawat.-- Bernama

Artikel Berikut

Artikel Lain