suria

Petronas Raih Dua Anugerah Global

KUALA LUMPUR: Petronas meraih anugerah 'Penyahasidan Minyak Mentah Asid Tinggi dalam Kategori Minyak dan Gas pada Anugerah Institusi Jurutera Kimia (IChemE) Global 2015 di Birmingham, United Kingdom baru-baru ini.

Dalam kenyataan hari ini, Petronas berkata anugerah tersebut bagi mengiktiraf projek atau pemprosesan yang menunjukkan kecekapan tenaga dan inovasi.

"Penyertaan Petronas merupakan satu proses proprietari yang dibangunkan secara bersama dengan Queen's University of Belfast menggunakan cecair ionik untuk membuang asid naftenik daripada minyak mentah asid tinggi," katanya.

Syarikat minyak nasional itu berkata Jurutera Keselamatan Pemprosesan, Ezmal Abdul Rashid, memenangi anugerah Jurutera Muda Kimia dalam kategori industri.

"Anugerah itu mengiktiraf individu yang menunjukkan penggunaan kemahiran kejuruteraan yang nyata dalam kimia, biokimia atau pemprosesan untuk menangani isu-isu ekonomi, alam sekitar atau sosial," katanya.

IChemE merupakan pertubuhan keahlian profesional global bagi jurutera kimia dan pemprosesan. Ia mempunyai lebih 40,000 ahli di 120 buah negara. -- Bernama

Artikel Lain