Majalah travel 3Sixty° Rai Penerbitan Isu Ke-100

Diterbitkan: Selasa, 24 November 2015 2:21 PM

Majalah travel 3Sixty° kini sudah memasuki penerbitan isu yang ke-100.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majalah dalam penerbangan AirAsia iaitu travel 3Sixty° mencatatkan sebanyak tiga juta pembaca bulanan sejak ia dilancarkan pada tahun 2007.

Penerbit Majalah travel 3Sixty°, Datuk Kamarudin Meranun berkata, sepanjang tempoh tersebut pihaknya telah melihat perkembangan majalah tersebut yang bukan sahaja menampilkan informasi berguna kepada pembaca tetapi pengalaman kepada mereka.

"Banyak yang dipamerkan dalam majalah berkenaan seperti percutian, budaya dan cara hidup masyarakat serantau yang kini menjadi tarikah kepada pembaca.

"Saya berbangga melihat perkembangan majalah ini yang merupakan satu-satunya majalah dalam penerbangan yang diaudit dan disahkan oleh Audit Bureau of Circulations of Malaysia (ABCM)," katanya.

AirAsia turut mengadakan majlis istimewa bagi meraikan edisi ke-100 travel 3Sixty° yang menyambut ulang tahun kelapan baru-baru ini.

Ahli Lembaga Pengarah AirAsia Berhad, Datuk Aziz Bakar diberi penghormatan memperkenalkan kulit majalah terbaharu travel 3Sixty° bagi sambutan isu yang ke-100 itu.

Dalam pada itu, Kamarudin berkata, satu pertandingan khas bertemakan ‘INVITE travel 3Sixty°’ turut diumumkan bersempena dengan isu ke-100 tersebut.

Katanya, pertandingan berkenaan akan membuka peluang kepada pembaca majalah untuk menjemput pasukan editorial untuk melawat kampung halaman mereka dan akan ditampilkan sebagai rencana utama dalam majalah tersebut.

"Seorang guru sekolah dari kawasan luar bandar di Tebedu, Sarawak menghantar emel kepada pasukan editorial berkongsi cerita bagaimana beliau menggunakan majalah travel 3Sixty° untuk mengajar murid-muridnya tentang budaya lain di rantau ini selain daripada meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris mereka.

"Inisiatif beliau sampai ke telinga pasukan editorial apabila guru sekolah itu menulis dan meminta salinan lama majalah untuk disumbangkan kepada sekolah beliau.

"Sejak dari tu, salinan majalah travel 3Sixty° telah dihantar ke sekolah tersebut untuk digunakan sebagai sebahagian daripada pelajaran mereka," katanya.

Tags / Kata Kunci: AirAsia , travel 3Sixty°

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan