Apollo, Ramsat Sime Darby Bekerjasama Beri Penjagaan Dibetis

Diterbitkan: Selasa, 24 November 2015 2:20 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Apollo Health  and  Lifestyle Ltd (Apollo) yang berpangkalan di India dan Ramsay Sime Darby Healthcare (Ramsay) akan bekerjasama untuk mengumpul sumber dan kepakaran bagi memberikan penjagaan bertaraf dunia kepada pesakit diabetes di Malaysia.

Usaha sama ini akan memudahkan perkhidmatan yang akan ditawarkan di hospital-hospital milik Ramsay dan mengembang ke klinik-klinik setempat.

Mereka juga berhasrat untuk bekerja erat bersama masyarakat tempatan untuk meningkatkan pemeriksaan, pengesanan awal, kesedaran dan pengurusan diabetes di kalangan penduduk umum.

Apollo, subsidiari milik syarikat Apollo Hospitals Enterprise Ltd (AHEL), merupakan pemain utama dalam segmen runcit penjagaan kesihatan di India.

Syarikat itu pada hari ini menjalankan rangkaian terbesar model penjagaan kesihataan utama termasuk klinik pelbagai kepakaran di bawah jenama 'Apollo Clinics' di India dan Timur Tengah, manakala pusat diagnostik di bawah jenama 'Apollo Diagnostics'.

Pengarah Urusan AHEL dan Pengerusi Apollo Suneeta Reddy berkata program itu meliputi kedua-dua rawatan diabetes dan pencegahan serta rawatan semua komplikasi berkaitan diabetes.

"Program kami bertujuan untuk membolehkan pesakit diabetes menjalankan hidup yang normal. Kami memberikan penjagaan ke lebih 200,000 pesakit diabetes melalui  hampir 100 klinik di seluruh India.

"Kami berhasrat untuk membantu (pesakit di Malaysia) untuk menjalankan hidup bebas penyakit dan mengelakkan kekalutan melanda mereka dan keluarga disebabkan oleh diabetes dan komplikasinya," kata Suneeta.

Malaysia yang mempunyai 3.2 juta penghidap diabetes ialah salah satu kadar lazim diabetes paling tinggi di kalangan orang dewasa seluruh dunia, di mana anggaran menunjukkan seorang dalam enam dewasa mempunyai diabetes.

Di peringkat global, diabetes dan komplikasinya menyebabkan 1.2 juta kematian pada 2014, kadar kematian paling tinggi seluruh dunia.

Daripada jumlah keseluruhan kematian, 54 peratus dianggarkan berumur di bawah 60 tahun.

Tags / Kata Kunci: Apollo

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan