suria

Diesel Euro 5 Boleh Diperolehi Di 50 Stesen BHPetrol

KUALA LUMPUR: Minyak diimport, diesel gred Euro 5 kini boleh diperoleh di 50 stesen minyak BHPetrol seluruh negara, kata Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd.

Pengarah Urusannya Tan Kim Thiam berkata Euro 5 yang lebih bersih itu menerima sambutan baik daripada pengguna sejak diperkenalkan Ogos tahun ini.

"Bagaimanapun, terlalu awal untuk berkongsi butiran penjualan dan prestasi," kata Tan kepada pemberita selepas pelancaran semula kad kredit AffinBank BHPetrol 'Touch and Fuel' Mastercard Contactless hari ini.

Beliau juga berkata perbelanjaan petrol melalui kad kredit sekarang menyumbang 30 peratus daripada jumlah keseluruhan perbelanjaan kad kredit.

Kad kredit yang dilancar semula itu menawarkan manfaat dan keistimewaan yang lebih baik termasuk rebat tunai petrol 2 peratus pada hari-hari biasa atau 10 peratus pada hujung minggu termasuk perbelanjaan petrol.

Daripada 300 stesen minyak BHPetrol seluruh negara, 160 dilengkapi dengan terminal bayaran tanpa sentuhan. 

BHPetrol

Artikel Lain