suria

TH Properties Perkukuh Pembabitan Di Luar Negara

SYDNEY: TH Properties Sdn Bhd, cabang pembangunan hartanah Lembaga Tabung Haji (TH), meneruskan kejayaannya di Australia dengan melaksanakan projek pembangunan dengan nilai pembangunan kasar (GDV) melebihi AU$800 juta bagi memenuhi pemintaan yang semakin tinggi untuk pangsapuri di Sydney.

TH baru menyiapkan projek pembangunan hartanah Bay Pavilion bernilai AU$220 juta, projek pertamanya di luar negara, di Burns Bay Road Lane Cove.

Majlis penyerahan kunci projek berkenaan berlangsung hari ini.

TH Properties juga memperoleh projek pembangunan Imperial Hurstville di  Treacy Street, Hurstville, dan majlis pecah tanah akan berlangsung pada hari yang sama.

Projek Bay Pavilions dilaksanakan oleh THP Bay Pavilions Corporation, anak syarikat milik penuh TH Properties.

Projek itu melibatkan pebangunan 270 pangsapuri kediaman.

Projek Imperial Hurstville pula dilaksanakan oleh THP Australia Corporation, juga anak syarikat milik penuh TH Properties. 

Projek Imperial Hurstville meliputi pembinaan 235 unit, termasuk 227 pangsapuri kediaman dan 8 unit kedai runcit, kesemuanya membabitkan GDV kira-kira AU$200 juta.

Kedua-dua THP Bay Pavilions Corporation dan THP Australia Corporation telah menandatangani projek bersama dengan rakan Australia, Piety Developments Pty Ltd bagi pembangunan hartanah projek Bay Pavilions dan Imperial Hurstville.

"Dalam mencorakkan masa depan TH Properties', kami sentiasa mengenal pasti rakan strategik yang akan merealisasikan pertumbuhan mampan dalam perniagaan kami," kata Pengerusi TH Properties Datuk Azizan Abdul Rahman pada majlis penyerahan Bay Pavillions, di sini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyempurnakan penyerahan kunci kepada pembeli projek Bay Pavillions.

"Bekerja bersama rakan yang berpendirian yang sama seperti kami sangat kritikal dalam memastikan kejayaan di mana sahaja kami beroperasi, dan kami bangga dapat menjalin usaha sama dengan Piety Group, dalam projek usaha sama antarabangsa kami," kata Azizan.

Azizan berkata Piety Group mempunyai rekod yang baik dalam melaksanakan pembangunan hartanah gaya hidup di Sydney.

"Usaha sama kami dengan Piety Group bermula dengan projek kediaman di Waitara, Sydney yang sebahagian peruntukannya dibiayai oleh Tabung Haji menerusi langganan Dana Hartanah Waitara berlandaskan Syariah.

Azizan berkata usaha sama 50-50 dengan Piety Group merupakan langkah penting dalam mewujudkan platform untuk projek lain di luar negara.

"Berdasarkan kedudukan Australia yang strategik dan pasaran hartanahnya yang cergas, kami gembira kerana ia menjadi tumpuan awal usaha sama kami, dan yakin projek pembangunan di lane Cove akan membuka ruang untuk usaha sama lanjut di  Australia," katanya.

Difahamkan bahawa projek Bay Pavilion ini mempelopori pembiayaan Islam di Australia dan merupakan perintis dalam pembangunan hartanah berlandaskan Syariah.

Bay Pavilions dibiayai menerusi Pembiyaaan Terma Islam AU$96 juta yang disediakan oleh Maybank Islamic Bhd, dan merupakan kemudahan pembiayaan berstruktur berlandaskan Syariah di Australia. 

Maybank Group akan menyediakan pembiayaan AU$100 juta untuk pembangunan  Imperial Hurstville.

Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Islamic Muzaffar Hisham berkata Kumpulan  Maybank bangga menjalin usaha sama dengan Tabung Haji dalam satu lagi projek penting di bawah TH Properties bagi pembangunan hartanah Bay Pavilions dan projek Imperial Hurstville.

Beliau brekata projek di Australia ini membuktikan kepelbagaian hartanah Tabung Haji termasuk pelaburannya di United Kingdom.

"Transaksi ini membuka peluang untuk pembiayaan Islam diperluaskan ke luar negara dan membuka ruang kepada mata wang asing," katanya.

Bay Pavillions yang dilancarkan pada lewat 2013, habis dijual, manakala kadar pembelian projek Imperial Hurtstville yang dilancarkan pada November 2014  kini pada tahap 96 peratus sehingga Oktober 2015.

Selain dua projek ini, dua projek lain yang sedang dibangunkan, One The Waterfront di Wentworth Point dan cadangan pangsapuri di NorthStrathfield, akan dilancarkan pada 2016. -- Bernama.

TH Properties, Bay Pavilion

Artikel Lain