suria

KFC Unjur 'Hot and Cheezy' Bantu Tingkat Gabungan Jualan 15 Peratus

Hidangan terbaharu KFC, Hot and Cheezy dilancarkan mulai Khamis.

KUALA LUMPUR: KFC Malaysia, unit QSR Brands (M) Holdings Sdn Bhd, menjangka hidangan terbaru 'Hot  and  Cheezy' akan membantu meningkatkan gabungan jualannya kira-kira 15 peratus semasa tempoh promosi bermula hari ini hingga 31 Disember ini.

Syarikat melancarkan Hot  and  Cheezy, yang menampilkan gabungan dua rasa iaitu ayam goreng KFC Hot  and  Spicy dan sos keju Romano premium.

Produk ini juga turut diperluaskan dalam bentuk burger unik, diperkaya dengan limpahan sos keju Romano premium berkrim di atas kepingan Zinger pedas, dilapisi dengan mayonis, salad segar serta nachos rangup, menjadikannya burger lazat.

Pengurus Besar Kanan KFC Marketing Angelina Villanueva berkata peningkatan jumlah pengguna global yang menginginkan makanan jenis gourmet tetapi mudah dihidangkan serta senang dimakan, telah menjadi inspirasi kepada KFC Malaysia untuk mencipta produk itu.

"Selain daripada rasa pedas, penambahan sos keju pada hidangan telah menjadi satu trend yang semakin popular dalam kalangan rakyat Malaysia dan saya yakin produk baru ini akan digemari ramai," katanya kepada pemberita semasa pelancaran  produk baru berkenaan di sini, Khamis.

Kombo lengkap ayam goreng KFC Hot  and  Spicy pada RM10.95, manakala penggemar burger boleh menikmati keenakan sos yang sama dalam KFC Hot  and  Cheezy burger pada RM9.95 beserta minuman.

Villanueva berkata terdapat 628 restoran KFC di Malaysia dan syarikat merancang untuk menubuhkan tujuh lagi di seluruh negara menjelang akhir tahun.

QSR Brands (M) Holdings Sdn Bhd merupakan pemegang francais kepada lebih  750 restoran KFC di Malaysia, Singapura, Brunei dan Kemboja.

Syarikat juga merupakan pengendali Pizza Hut di Malaysia dan Singapura, dengan lebih 350 restoran di Malaysia dan 60 restoran di Singapura. --Bernama



KFC, Hot and Cheezy, Romano

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain