suria

Jumlah Syarikat Francais Berdaftar Meningkat Lapan Peratus Tahun Ini - Ahmad Bashah

PUTRAJAYA: Sebanyak 794 syarikat francais berdaftar dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan setakat ini, kata Timbalan Menterinya Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Beliau berkata jumlah tersebut menunjukkan peningkatan lapan peratus berbanding tempoh sama pada tahun lalu.

"Peningkatan paling ketara dicatatkan dalam industri makanan dan minuman serta pendidikan awal kanak-kanak. 

"Syarikat francais Malaysia kini beroperasi di 55 buah negara dengan 60 jenama," katanya pada sidang media mengenai Malam Anugerah Francais di sini, Rabu.

Beliau berkata, Malam Anugerah Francais yang akan berlangsung pada Selasa depan akan menyaksikan penyertaan pelbagai jenama seperti The Manhattan Fish Market, Coolblog, Dapur Penyet, Ar-Rahn dan Chop  and  Grill.

"Terdapat empat kategori yang dipertandingkan iaitu kategori Sistem Francais, Francaisi, Terbuka dan Penghargaan Khas," katanya.

Katanya anugerah tersebut merupakan pengiktirafan tertinggi yang diberikan kepada penggiat francais Malaysia yang menunjukkan komitmen berterusan dalam meningkatkan kualiti dan prestasi yang baik. 

Antara finalis pada acara itu ialah Berjaya Roasters (M) Sdn Bhd (Kenny Rogers Roasters), Senheng Electric (KL) Sdn Bhd dan Wonderful Lifestyle Sdn Bhd (Gloria Jeans Coffee).-- Bernama

Artikel Lain