Lumut City Centre Bakal Penuhi Infrastruktur Bandar Pelancongan Dan Tentera Laut

Diterbitkan: Jumaat, 6 November 2015 3:13 PM

(Ubah saiz teks)

LUMUT: Projek pembangunan Lumut City Centre (LCC), yang menelan belanja lebih RM400 juta, bakal memenuhi kemudahan infrastruktur bandar Lumut atau dikenali sebagai Bandar Pelancongan dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata projek itu, yang dijangka siap dalam beberapa tahun, merupakan inisiatif pihak swasta bagi menjadikan Lumut sebuah bandar tersusun dan sistematik selain menepati ciri-ciri yang dikehendaki pihak berkuasa negeri.

"Pangkalan TLDM Lumut juga merupakan pangkalan TLDM yang terbesar di negara kita, jadi mereka sering dikunjungi anggota tentera laut dari seluruh dunia, jadi dengan adanya infrastruktur seperti ini, ia akan memberi kemudahan sekali gus menaikkan taraf bandar Lumut.

"Kita memerlukan ciri-ciri sebuah bandar yang mempunyai semua prasarana terbaik, termasuk hotel lima atau empat bintang, atau hotel empat bintang seperti hotel lima bintang, bagi melakukan pelbagai program, konvensyen dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Lumut City Centre di Jalan Sultan Idris Syah di sini.

Turut hadir Anggota Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang Datuk Rashidi Ibrahim dan Pegawai Kewangan Negeri Datuk Mohd Ghazali Jalal.

Zambry berkata LCC, yang bakal menyaksikan pembinaan tiga pangsapuri 656 unit dan sebuah hotel 18 tingkat, akan merancakkan lagi sektor pelancongan di Lumut.

Beliau berkata hotel dan pangsapuri berkenaan, yang dibina di lokasi strategik menghadap ke Pulau Pangkor, mampu menarik perhatian pelancong dan orang ramai yang ingin tinggal di bandar itu.

"Ini penting bagi Lumut sebagai bandar yang bercirikan 'clean and green' seperti mana yang kita tahu pelan perancangan pembangunan daerah Manjung memfokuskan dua aspek iaitu industri dan pelancongan.

"Kita mementingkan aspek pengimbangan bagi memastikan pembangunan yang mampan dapat dilaksanakan sebaik-baiknya, termasuk dari penglibatan syarikat antarabangsa," katanya.

LCC, yang dibina di kawasan seluas 5,247.2 hektar (13,118 meter persegi), diurus oleh Ritz Garden Highlands Resort Sdn Bhd juga bakal membina sebuah pusat komersial yang menyediakan pelbagai pusat hiburan termasuk pusat boling, pusat luncur air dan pawagam bagi memenuhi kemudahan di bandar Lumut.

Sementara itu, Zambry berkata kerajaan negeri masih menerima kemasukan pelabur sama ada dari dalam dan luar negara yang berminat untuk melabur di Perak meskipun keadaan ekonomi tidak stabil di seluruh dunia.

"Perak berjaya menerima rangsangan pelaburan dan pelbagai projek terus dilaksanakan di negeri ini," katanya.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: LCC , TLDM , Zambry Abdul Kadir

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan