suria

Peluang Syarikat Malaysia Jual Produk Ke Rusia

KUALA LUMPUR: Syarikat Malaysia mempunyai peluang untuk memasarkan produk mereka melalui pemasaran dalam talian di Rusia, menurut Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM).

Setiausaha Agung NCCIM Datuk Seri Syed Hussien Al Habshee berkata pemasaran dalam talian merupakan kaedah yang berkesan untuk memperkenalkan produk domestik, terutamanya produk halal, ke Rusia, yang mempunyai kira-kira 24 juta  penduduk Islam.

"Syarikat Malaysia menawarkan perkhidmatan teknologi maklumatnya kepada syarikat tempatan untuk memasuki pasaran Rusia.

"Ini penting kerana kita tidak biasa dengan pasaran Rusia," katanya kepada pemberita selepas sesi padanan perniagaan antara syarikat Malaysia dan Rusia hari ini.

Kira-kira 10 buah syarikat Rusia daripada sektor mineral, media, seramik, pembinaan dan pembuatan terlibat dalam sesi tersebut.

Syed Hussein berkata syarikat Rusia telah menyatakan minat untuk bekerjasama dengan syarikat Malaysia dalam sektor tenaga solar, produk diod pemancar cahaya dan teknologi maklumat.

"Lebih banyak usaha perlu dilakukan untuk menggalakkan syarikat Malaysia bekerjasama dengan syarikat Rusia, sama ada mewujudkan kilang pembuatan mereka di Rusia atau di Malaysia," katanya. 

Rusia, NCCIM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain