PKNS Komited Terapkan Budaya Usahawan Kepada Pelajar Menerusi PROTUNe - Niaga | mStar

PKNS Komited Terapkan Budaya Usahawan Kepada Pelajar Menerusi PROTUNe

Diterbitkan: Khamis, 5 November 2015 5:09 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) komited untuk menerapkan budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar menerusi Program Perintis Usahawan dan Program Tunas Niaga (PROTUNe).

Pengurus Besar PKNS Azlan Md Alifiah berkata program itu dilihat mampu membuka mata dan minda pelajar untuk menjadikan bidang keusahawanan sebagai satu kerjaya yang menguntungkan pada masa hadapan.

"Kita lihat PROTUNe yang bermula pada 1998 dengan hanya 10 buah sekolah kini diperluaskan dengan penyertaan 49 buah sekolah, melibatkan 777 buah syarikat sendirian berhad.

"Program ini disifatkan berjaya kerana telah melahirkan ramai usahawan dalam talian (online) selain membuka perniagaan di kompleks PKNS dan di kawasan mereka masing-masing," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen PROTUNe 2015 di sini, Khamis.

Turut hadir pada konvensyen itu ialah Pengarah Jabatan Pendidikan Selangor Zainuren Mohd Nor.

Mengulas lanjut, Azlan berkata pihaknya berharap lebih banyak sekolah di negeri itu merebut peluang dan menyertai PROTUNe.

"Pelajar yang didedahkan kepada aktiviti keusahawanan dapat menjana pendapatan sendiri selepas tamat persekolahan. Oleh itu mereka tidak perlu bergantung dengan peluang pekerjaan di luar," katanya.

Terdahulu pada majlis itu, syarikat Global Setia Sdn. Bhd yang dimiliki  oleh para pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Gombak Setia, Gombak, dinobatkan sebagai syarikat terbaik mengatasi 29 sekolah lain yang menyertai PROTUNe.

Tags / Kata Kunci: PKNS , PROTUNe
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan