suria

PropertyGuru Lantik Hari Sebagai Presiden

KUALA LUMPUR: Kumpulan PropertyGuru melantik Hari Krishnan sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Perniagaan, berkuat kuasa 1 Jan, 2016.

Dalam jawatan yang baru diwujudkan itu, Hari akan menerajui dan memacu inisiatif pertumbuhan perniagaan serantau, dengan Pengurus Negara dan kumpulan Mengupayakan Jualan di Singapura, Malaysia, Thailand dan Indonesia melapor terus kepada beliau, menurut PropertyGuru dalam kenyataan pada Rabu.

Pada masa ini, beliau merupakan Pengarah Urusan bagi Asia Pasifik dan Jepun di LinkedIn.

Sebelum LinkedIn, Hari telah menerajui kemasukan pasaran bagi dua buah syarikat Internet yang mempunyai pertumbuhan pesat ke pasaran India dan memegang jawatan kepimpinan dalam syarikat seperti Fox Interactive Media, Yahoo! dan Cisco.

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PropertyGuru Steve Melhuish berkata beliau berharap dapat bekerjasama dengan Hari dan pasukan kepimpinan dalam membawa perniagaan ke tahap seterusnya.

PropertyGuru

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain