Bank-Bank Digesa Terus Bangunkan Kapasiti

Diterbitkan: Rabu, 4 November 2015 3:55 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Industri perbankan perlu terus membangunkan kapasiti dan keupayaan menangani risiko yang datang daripada operasi domestik dan juga rentas sempadan.

Pengerusi Institut Bank-Bank Asia Bertauliah, Tan Sri Azman Hashim berkata industri perlu lebih banyak melabur dalam teknologi dan proses operasi dipertingkat, untuk mengurangkan kos dan menambah baik pelaksanaan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan pelanggan.

Beliau berkata industri itu telah menjadi semakin kompleks.

"Ia beroperasi dalam persekitaran dengan kawal selia yang tinggi dan daya saing bank ditakrif menerusi keupayaan untuk menginovasi dan memaksimumkan aset mereka.

"Mereka juga melabur dalam modal insan bagi memastikan amalan dan dasar risiko dan pematuhan mereka diperkukuh untuk bergerak seiring dengan persekitaran yang berubah dengan pantas," katanya.

Azman berkata demikian dalam ucap tamanya pada Persidangan Perbankan Global yang bertemakan 'Paradigma Perbankan Baharu -- Gangguan, Risiko dan Peluang' di sini, Rabu.

Menurutnya, ahli lembaga berpengalaman penting dalam menangani persekitaran operasi baharu termasuk model perniagaan baharu, di samping risiko yang mengiringinya.

Beliau berkata industri berdepan dengan integrasi kewangan dan aktiviti perbankan dan pelaburan rentas sempadan yang akan membuka peluang baharu seperti sumber hasil bagi sektor kewangan.

"Kita semua akan bersetuju bahawa industri kita berdepan gangguan ketara daripada pelbaga sumber," katanya.

Azman berkata industri perlu bertindak balas dengan segera apabila peserta baharu datang, berhubung dan berbincang dengan pelanggan dan menawarkan perkhidmatan alternatif yang mana sesetengahnya lebih fleksibel berbanding apa yang ditawarkan industri secara tradisinya.

Beliau berkata Lembaga Perkhidmatan Kewangan yang dilancarkan pada 2014, akan melancarkan Kod Etika bagi industri kewangan bulan depan.

"Kod itu bertujuan meningkatkan tahap profesional dan etika dalam seluruh industri perkhidmatan kewangan bagi membantu memulih, mengekal dan mengukuhkan kepercayaan orang ramai," katanya.

Tags / Kata Kunci: Bank , Risiko

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan