suria

FGV Selesai Penjualan TRT-ETGO

KUALA LUMPUR: Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) hari ini selesai penjualan anak syarikatnya di Kanada, Twin Rivers Technologies Entreprises De Transformation De Graines Olagineuses Du Qubec Inc (TRT-ETGO), kepada Viterra Inc.

Dalam kenyataan, FGV berkata Viterra, yang merupakan pengendali dan pemasar bijirin dan minyak bijian terkemuka Kanada, menyelesaikan pembelian tunai TRT-ETGO dengan nilai CA$172.7 juta (RM567.1 juta).

Penjualan itu dijangka meningkatkan kedudukan keuntungan FGV sejajar dengan komitmen jangka panjangnya kepada pemegang sahamnya dan pihak yang berkepentingan.

"Pelarasan selepas penutupan akan turut dilaksanakan untuk menentukan harga pembelian akhir, tertakluk kepada penyelesaian penutupan hutang bersih dan penutupan modal kerja bersih TRT-ETGO, yang akan diumumkan tidak lama lagi," menurut kenyataan itu.

FGV

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain