PUNB Luluskan RM55.75 Juta Pinjaman - Niaga | mStar

PUNB Luluskan RM55.75 Juta Pinjaman

Diterbitkan: Isnin, 2 November 2015 4:43 PM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) telah meluluskan pinjaman berjumlah RM55.75 juta kepada usahawan di Melaka bagi tempoh antara tahun 1992 hingga Ogos lepas.

Pengerusinya Tan Sri Mohd Ali Rustam berkata pinjaman itu disalurkan kepada 230 syarikat serta perniagaan di negeri ini menerusi enam skim pinjaman PUNB.

Beliau berkata sebanyak RM25.77 juta disalurkan menerusi skim Prosper Runcit, Prosper Pemborong (RM10.13 juta), Prosper Property (RM9.9 juta), Prosper Teras (RM5.17 juta), Prosper Usahawan Muda (RM2.78 juta) dan skim Perusahaan Kecil dan Sederhana (RM2 juta).

Mohd Ali berkata bagi tempoh lapan bulan pertama tahun ini pula lebih RM13 juta pinjaman telah diluluskan kepada 32 syarikat serta peniagaan di negeri ini.

"Tidak dinafikan keusahawanan adalah bidang yang mencabar, justeru PUNB punyai peranan dan tanggungjawab besar merealisasikan amanah kerajaan untuk membangun dan melahirkan usahawan Bumiputera berdaya maju dan daya saing tinggi," katanya.

PUNB yang ditubuhkan pada 17 Julai 1991 merupakan sebuah syarikat milikan penuh Yayasan Pelaburan Bumiputra yang ditubuhkan bagi membangun usahawan Bumiputera dalam perniagaan strategik dan berpotensi tinggi.

Tags / Kata Kunci: PUNB , Usahawan
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan