AirAsia Menang Kru Kabin Peneraju Asia

Diterbitkan: Sabtu, 31 Oktober 2015 10:28 AM

CEO AirAsia Malayia, Aireen Omar (empat dari kiri) bersama trofi yang dimenangi.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: AirAsia menjadi syarikat penerbangan tambang rendah (LCC) pertama yang dianugerahi 'Kabin Kru Peneraju Asia' pada Gala Anugerah Pengembaraan Dunia (Asia  and  Australasia) 2015 di Hong Kong.

Syarikat penerbangan lain yang dicalonkan untuk kategori itu ialah Air India, Cathay Pacific Airways, China Southern Airlines, Garuda Indonesia, Hainan Airlines, Hong Kong Airlines, Korean Air, Malaysia Airlines, Singapore Airlines, SriLankan Airlines dan Thai Airways.

"Saya sangat bangga dengan pencapaian pasukan kru kabin kami. Hari ini adalah bukti usaha sedaya-upaya melangkaui batas - kami bukan sekadar penerbangan tambang rendah, tetapi penerbangan yang menyediakan nilai tinggi.

"Kami berterima kasih kepada semua yang mengundi kami dan tahniah kepada pasukan kru kabin saya. Kami adalah yang pertama dan satu-satunya LCC yang dicalonkan untuk kategori ini dan kami menang," kata Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Bhd Group, Tan Sri Tony Fernandes dalam satu kenyataan.

Syarikat itu turut dicalonkan dalam empat kategori untuk Anugerah Pengembaraan Dunia 2015 yang akan diadakan pada Disember 2015.

Buat pertama kali, AirAsia dicalonkan dalam kategori Kru Kabin Peneraju Dunia; Laman Web Penerbangan Tambang Rendah Peneraju Dunia dan Aplikasi Penerbangan Tambang Rendah Peneraju Dunia; manakala pencalonan untuk kategori Penerbangan Tambang Rendah Peneraju Dunia adalah bagi tahun keempat berturut-turut.

AirAsia juga dinamakan Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia dan Terbaik Asia oleh Skytrax untuk tujuh tahun berturut-turut dari 2009 hingga 2015. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: AirAsia , kru kabin terbaik

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan