113 Kilang Sawit Berpotensi Jana Elektrik Daripada Biogas Sawit

Diterbitkan: Rabu, 28 Oktober 2015 3:01 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA KUBU BARU: Kerajaan telah mengenal pasti 113 kilang sawit yang berpotensi untuk penjanaan elektrik daripada sumber biogas sawit untuk menyalurkan bekalan elektrik ke grid nasional di bawah program Tarif Galakan atau Fit in Tariff (FiT).

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata kesemua kilang sawit tersebut terletak berdekatan dengan pencawang elektrik serta boleh menyambung bekalan elektrik yang dihasilkan.

"Terdapat 12 kilang sawit yang telahpun disambungkan kepada jaringan tersebut, manakala 79 kilang sawit kini berada dalam proses penyelengaraan untuk menyambungkan bekalan elektrik, tahun ini," kata beliau kepada pemberita selepas majlis perasmian projek usaha sama loji pengeluaran komersial Biogas Asli Mampat (Bio-CNG) pertama di dunia menggunakan sumber biogas sawit, di sini, Rabu.

Loji Komersial Bio-CNG yang terletak di Kilang Sawit Felda Sg Tengi dekat sini itu menggunakan sisa buangan kilang sawit.

Loji Komersial Bio-CNG adalah projek usaha sama Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Felda Palm Industries Sdn Bhd dan Sime Darby Offshore Engineering Sdn Bhd.
Loji tersebut mampu memproses 600m3/jam biogas mentah yang dijana daripada lagun pencerna biogas tertutup untuk menghasilkan Bio-CNG sebagai bahan api alternatif kepada bahan api berasaskan fosil seperti gas petroleum cair (LPG) dan bahan api pertengahan (MFO).
"Sungguhpun potensi biogas adalah lebih menjurus kepada penjanaan tenaga elektrik, namun bagi kilang yang terletak jauh dan tidak berpotensi untuk sambungan ke grid, Bio-CNG adalah alternatif untuk menjana pendapatan dari sumber biogas," kata beliau.
Biogas dari sumber efluen sawit mempunyai potensi yang besar dalam menyumbangkan kepada penggunaan tenaga hijau negara terutama dalam penjanaan tenaga elektrik sebanyak 536 MW pada tahun 2014, kata beliau.
Kerajaan telah merangka pelbagai inisiatif, bagi memastikan objektif di bawah projek permulaan Nombor 5 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA-EPP 5) dicapai, kata beliau.
"Dalam hal ini, MPOB telah mewajibkan kesemua kilang sawit baharu dan kilang yang memohon untuk peningkatan kapasiti buah tandan segar (FFB) memasang loji pemerangkapan biogas berkuat kuasa 1 Januari 2014," kata beliau.
Pelaksanaan program biogas di kilang sawit di bawah EPP 5 bukan sahaja untuk tujuan menjana pendapatan sampingan, ujar beliau, bahkan juga bertujuan menggalakkan penggunaan tenaga diperbaharui daripada biogas sawit yang mampu mengurangkan kos operasi, seterusnya membantu pengurangan pelepasan gas rumah hijau.
"Ia memerlukan komitmen yang tinggi dan melibatkan semua pihak dan kerajaan akan senantiasa menyokong usaha seperti ini bagi memastikan industri sawit negara terus berkembang seiring dengan komitmen global ke arah pembangunan industri yang lebih mampan," tambah beliau.
--Bernama
Tags / Kata Kunci: kelapa sawit , biogas

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan