Bina Puri Peroleh Kontrak Bina Rumah PR1MA

Diterbitkan: Isnin, 26 Oktober 2015 3:41 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bina Puri Holdings Bhd menerima Surat Hasrat daripada PR1MA Corporation Malaysia (PR1MA) untuk membina rumah PR1MA di  Johor dalam kontrak bernilai RM230 juta.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, kumpulan itu berkata ia akan membina  994 unit rumah PR1MA yang terdiri daripada pangsapuri dan 20 unit kedai terletak di daerah Plentong, Johor Baharu.

Kumpulan itu berkata projek tersebut, yang dijangka siap dalam tempoh 36 bulan, akan memberi sumbangan positif kepada aset bersih dan pendapatan bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2016. 

Tags / Kata Kunci: PR1MA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan