suria

Industri Kewangan Tempatan Akan Terus Catat Pertumbuhan Baki 2015

KUALA LUMPUR: Industri kewangan kewangan tempatan dan Islam akan terus mencatatkan prestasi pertumbuhan bagi baki tahun ini walaupun wujud persekitaran yang mencabar, kata Maybank Islamic Bhd.

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Muzaffar Hisham berkata beliau yakin dengan kemampanan industri itu walaupun di tengah-tengah kadar pertumbuhan yang sederhana.

"Kami dimodalkan dengan baik. Pelbagai tekanan dan kejutan akan terus ada, tetapi keutamaan kami (peneraju industri) adalah untuk mengekalkan kekuatan dan kemampanan," katanya kepada pemberita selepas majlis konvokesyen untuk 248 pelajar dari Pusat Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam (INCEIF) di sini, Sabtu.-- Bernama


Artikel Lain