suria

Bajet 2016: Arcadis Jangka Infrastruktur Jadi Aset Pelaburan Terbesar

KUALA LUMPUR: Arcadis yang berpangkalan di Belanda, menjangkakan infrastruktur akan terus menguasai sebahagian besar pelaburan aset yang dibina di Malaysia, terutama pembinaan lebuh raya dan landasan kereta api, utiliti tenaga dan air serta infrastruktr awam yang lain, dalam Bajet 2016.

Ketua Arcadis Business Advisory Malaysia, Ian Kennedy berkata pelaburan dan pembangunan infrastruktur akan memain peranan penting dalam peringkat akhir transformasi Malaysia kepada negara maju sepenuhnya pada 2020.

"Antara cabaran di Malaysia ialah memastikan infrastruktur dan bangunaan baharu tidak berkompromi dari segi kualiti dan daya tahan memandangkan masa dan kos yang dibelanjakan.

"Selain itu, nilai aset binaan tidak sahaja dijana menerusi pembinaan, malah  menerusi penggunaan optimum dan penyelenggaran, yang memerlukan pelaburan berterusan," katanya.

Kennedy berkata kekayaan aset yang dibina boleh menjadi petunjuk alternatif kepada kedudukan ekonomi berdasarkan produk atau data pekerjaan, memandangkan ekonomi yang produktif memerlukan asas persekitaran binaan yang maju, seperti infrastruktur yang membolehkan aliran barangan dan penduduk.

"Di Malaysia, sektor swasta memain peranan penting dalam pembinaan dan pembangunan, yang akan memperkukuh pertumbuhan ekonomi," kata Kennedy.

Arcadis ialah firma perundingan dan reka bentuk utama dunia untuk aset binaan dan semula jadi.-- Bernama



Arcadis, Bajet 2016

Artikel Berikut

Artikel Lain