Mita Mahu Cukai Korporat PKS Dikurangkan

Diterbitkan: Khamis, 22 Oktober 2015 10:16 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Persatuan Peniaga Tekstil dan Barang Am India  Malaysia (MITA) menggesa kerajaan mengurangkan cukai korporat ke atas Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), daripada 20 peratus kepada 15 peratus, dalam pembentangan Bajet 2016 esok.

Setiausaha persatuan itu Maheswary Ramasamy berkata langkah itu perlu berikutan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) mulai 1 April lepas selain penyusutan nilai Ringgit Malaysia yang menjejaskan perniagaan PKS.

"Peningkatan dolar US menyebabkan kenaikan ketara harga barangan import.

"Kami, peniaga tekstil yang menjual barangan India seperti sari, pakaian siap jahit, barangan perak dan loyang, tiada pilihan melainkan mengimport produk dari India memandangkan 90 peratus daripada barangan runcit kami dihasilkan di India.

"Oleh itu, peningkatan dolar US menjejaskan teruk perniagaan mereka.

Walaupun perniagaan merosot, peniaga perlu membayar GST dan cukai pendapatan," katanya kepada Bernama semasa ditanya mengenai senarai harapan MITA untuk Bajet 2016 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat esok.

Beliau juga mencadangkan kerajaan menimbang untuk mengurangkan kadar cukai pendapatan daripada 25 peratus kepada 18 peratus untuk syarikat dengan modal berbayar melebihi RM2.5 juta.

"Kami percaya cadangan mengurangkan kadar cukai ke atas pendapatan yang dikenakan cukai adalah munasabah bagi membantu peniaga meneruskan kelangsungan hidup," katanya.

Maheswary juga menggesa keajaan memberikan pengecualian cukai ke atas PKS yang membuat sumbangan dalam bentuk program tanggungjawab sosial seperti bantuan kepada rumah anak yatim dan sekolah.

Pada masa ini katanya sumbangan itu dikenakan cukai kecuali mereka menerima resit pengecuaian cukai.

"Banyak syarikat enggan menyumbang kerana perlu membayar cukai," dakwanya.

Mengenai GST, Maheswary berkata kerajaan tidak wajar mengenakan GST ke atas polisi insurans kesihatan memandangkan regim cukai dengan peningkatan premium, tidak menggalakkan masyarakat membeli polisi.

Tags / Kata Kunci: Mita , Bajet 2016

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan