Saham Hong Leong Bank Jatuh Selepas Umum MSS

Diterbitkan: Rabu, 21 Oktober 2015 4:32 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia memberi tindak balas negatif terhadap Skim Pelepasan Sepakat (MSS) yang diumum oleh Hong Leong Bank untuk kakitangan rakyat tempatan semalam apabila harga sahamnya jatuh dua sen.

Pada 2.33 petang, sahamnya berharga RM14.22 dengan 640,800 saham diniagakan selepas dibuka enam sen lebih rendah pada RM14.18.

AllianceDBS Research berkata Hong Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank menyertai CIMB dan RHB yang melaksanakan pelan rasionalisasi dengan sasaran meningkatkan produktiviti serta kecekapan.

"Pengumuman itu adalah satu kejutan bagi kami kerana nisbah kos berbanding pendapatan Hong Leong Bank pada 45 peratus adalah kedua terendah dalam industri (purata industri ialah 50 peratus).

"MSS dijangka selesai menjelang akhir November dan kos akan diambil kira dalam suku yang berakhir Disember," katanya dalam nota.

Bagaimanapun, Hong Leong Bank kekal sebagai antara pilihan utama firma penyelidikan itu berdasarkan keteguhan budaya kredit dan kecairannya.

AllianceDBS Research mengekalkan saranan "beli" terhadap kaunter itu dengan harga sasaran tidak berubah pada RM16.20.

Tags / Kata Kunci: Hong Leong Bank , MSS

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan