suria

Alam Maritim Terima Surat Lantikan Projek Daripada Petronas

KUALA LUMPUR: Alam Maritim (M) Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Alam Maritim Resources Bhd (AMRB), menerima Surat Lantikan daripada Petronas Floating LNG 1 (L) Ltd (PFLL) bagi kerja subkontrak bernilai RM53.5 juta.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, AMRB berkata subkontrak itu adalah bagi kerja peletakan akhir dan pemasangan tiang tambatan penyambungan dari telaga gas asli cecair apungan luar pantai.

Tempoh kerja subkontrak itu berkuat kuasa dari 15 Jun, 2015, sehingga 30 april, 2016.

Subkontrak itu dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatan dan aset ketara bersih AMRB bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Dis, 2015 dan selepasnya.

Alam Maritim, Petronas

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain