Sunway Putra Hotel Umum Pelantikan Baharu

Diterbitkan: Selasa, 20 Oktober 2015 2:16 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sunway Hotels and Resorts melantik Augustine M. Silva sebagai Pengurus Kanan di Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur, dan TS Cheah sebagai Pengarah Kelompok Jualan dan Pemasaran, hotel lima bintang dengan 650-bilik itu, berkuat kuasa Selasa.

Augustine, warganegara Singapura mempunyai pengalaman 25 tahun dalam pengurusan hospitaliti selain pendedahan luas dalam pengurusan dana dan aset.

Pelantikan beliau untuk Sunway Putra Hotel adalah yang pertama dalam industri hospitaliti dan tugas pertama beliau ialah mengetuai pelancaran pasaran Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur yang baru diubah suai itu, katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Cheah, rakyat Malaysia yang memulakan kerjayanya bersama  Shangri-La Hotels  and  Resorts pada 1983, akan meningkatkan profil perniagaan dan dan kesedaran terhadap hotel itu susulan pengubahusaian berbilion ringgit.

Tumpuan utamanya ialah memacu prestasi perniagaan, mewujudkan strategi penjanaan hasil untuk bilik, mesyuarat, insentif, konvension dan pameran/katering dan kedudukan hotel itu dalam pasaran dan segmen utama.

Tags / Kata Kunci: Sunway Putra Hotel

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan