Hong Leong Bank, Hong Leong Islamic Bank Tawar MSS Kepada Kakitangan

Diterbitkan: Selasa, 20 Oktober 2015 2:23 PM

Tan Kong Khoon

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hong Leong Bank Bhd dan Hong Leong Islamic Bank Bhd menawarkan kakitangannya Skim Pemisahan Bersama (MSS) sebagai sebahagian langkah untuk mengukuhkan kecekapan operasi.

Skim yang ditawarkan kepada kakitangan tetap di semua peringkat, tugas dan lokasi itu akan memberi peluang kepada bank dan kakitangan untuk mendapatkan manfaat bersama, menurut Hong Leong Bank dalam satu kenyataan.

"Dalam menghadapi persekitaran yang semakin kompetitif, kami perlu mengukuhkan organisasi kami dengan meningkatkan pengeluaran dan kecekapan.

"Kami perlu terus mengkaji semula perniagaan kami dan menyesuai untuk mengekalkan daya saing kami," kata Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Tan Kong Khoon.

Kelulusan akhir permohonan MSS adalah berdasarkan keperluan perniagaan dan operasi secara ketat.

Menurut Hong Leong Bank, badan berkuasa dan kesatuan telah dimaklumkan sewajarnya mengenai langkah berkenaan.

Sebelum ini, RHB Capital Bhd dan CIMB Group Holdings Bhd turut menawarkan skim pengurangan tenaga kerja kepada kakitangan mereka.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan