suria

Sentimen Positif Dolar AS Heret Turun Ringgit

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah secara menyeluruh berbanding dolar AS, terjejas ekoran sentimen dolar yang lebih baik, kata seorang peniaga.

Pada 5 petang, unit tempatan itu disebut harga pada 4.2010/2100 berbanding dolar AS daripada 4.1700/1800 pada penutupan Jumaat.

Seorang peniaga berkata kedudukan pelabur ke atas dolar US mengukuh selepas penyairan data pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) China awal pagi ini.

Beliau berkata KDNK itu, paras terendah sejak 2009, mencetuskan kebimbangan global ke atas pemulihan ekonomi kedua terbesar dunia itu selain menggerakkan permintaan ke atas dolar US yang merupakan mata wang yang dianggap selamat.

Berbanding sekumpulan mata wang utama yang lain, ringgit juga didagangkan rendah.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0376/0456 daripada 3.0124/0215 Jumaat lepas dan rendah berbanding yen kepada 3.5184/5274 daripada 3.4995/5094 sebelumnya.

Unit tempatan itu juga rendah berbanding pound sterling kepada 6.4960/4112 daripada 6.4435/4610 Jumaat lepas dan rendah berbanding euro kepada 4.7719/7830 daripada 4.7371/7497 sebelumnya.-- Bernama

AS, dolar, Ringgit Malaysia

Artikel Sebelum

Artikel Lain