suria

RHB Tawar Kelulusan Segera Permohonan Pinjaman Peribadi

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia kini boleh memohon pinjaman peribadi 'Easy by RHB' melalui dalam talian dan menerima kelulusan dalam tempoh 10 minit.

Menurut RHB Banking Group dalam satu kenyataan pada Isnin, 'Easy by RHB' menawarkan proses pindahan paling pantas dan lancar bagi permohonan pinjaman peribadi.

Syarikat kewangan itu berkata pemohon yang diluluskan berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM600,000 melalui peraduan 'Drive Easy Sweepstakes', sebahagian daripada kempen 'Get More'.

Ia bekerjasama dengan RinggitPlus.com, sebuah laman web untuk urus niaga pengguna terkemuka Malaysia bagi kempen itu, katanya.

Kempen itu bermula 1 Oktober 2015 hingga 31 Mac, 2016 itu merupakan usaha sama pertama antara kedua-dua syarikat kewangan itu, menurutnya.

"'Easy by RHB' menawarkan proses urus niaga paling pantas dan lancar bagi permohonan pinjaman peribadi. Kesemua pemohon pinjaman perlu mempunyai pendapatan bulanan minimum RM2,000," kata Ketua Segmen Massa RHB Bank Bhd, Leong Moon Fei.

Ketua Pegawai Eksekutif RinggitPlus.com, Siew Yuen Tuck, berkata syarikat itu diiktiraf sebagai laman web terkemuka untuk membantu rakyat Malaysia mendapat kelebihan bagi wang mereka dengan maklumat mengenai produk bank.-- Bernama



RHB, Easy by RHB

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain