suria

CIMB Lancar "CIMB TravelCurrency"

Renzo Viegas (tengah), Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pengguna Pembankan CIMB Vijay Manoharan (kanan), Ketua Wilayah Pengurusan Digital CIMB dan Ketua Urusniaga Forex, Victor Jee (kiri) pada pelancaran CIMB TravelCurrency.

KUALA LUMPUR: CIMB Bank Bhd melancarkan 'CIMB TravelCurrency' untuk memudahkan pelanggan membeli pelbagai nota mata wang asing dalam talian bagi perjalanan antarabangsa.

Menurut CIMB dalam satu kenyataan Ahad, pindahan itu boleh dilakukan melalui CIMB Bank dan laman perbankan internet CIMB Clicks pada kadar kompetitif.

"Ia membolehkan pelanggan membeli mata wang pilihan dengan membuat pembayaran melalui CIMB Clicks atau menggunakan saluran FPX, yang merupakan kemudahan pembayaran dengan saluran bayaran dalam talian institusi kewangan lain," katanya.

'CIMB TravelCurrency' membolehkan pelanggan membeli mata wang dalam talian pada bila-bila masa dan mengambilnya di mana-mana 11 lokasi CIMB Bank Currency Exchange di seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbankan Pelanggan Kumpulan bank itu, Renzo Viegas, berkata CIMB yakin 'CIMB TravelCurrency' merupakan satu tawaran unik memandangkan ia menyediakan kaedah baharu, mudah, cepat dan selamat untuk mana-mana pelanggannya bagi membeli mata wang asing dalam talian pada kadar kompetitif.-- Bernama

CIMB TravelCurrency

Artikel Lain