suria

OCBC Bank Perkenal Pinjaman Pendidikan OCBC Earn And Learn

KUALA LUMPUR: OCBC Bank (Malaysia) Bhd memperkenalkan Pinjaman Pendidikan OCBC Earn  and  Learn, pinjaman pengajian pertama Malaysia yang menampilkan deposit tetap sebagai cagaran.

Pinjaman itu menawarkan kepada pelajar pembiayaan sehingga RM500,000 bergantung kepada simpanan deposit tetap mereka, membolehkan mereka secara bebas menambah jumlah maksimum ditawarkan menerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan meminimumkan penggunaan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, kata bank itu dalam satu kenyataan, Jumaat.

Ketua Perkhidmatan Kewangan Penggunanya Lim Wyson berkata, sebagai contoh seseorang yang menyimpan deposit tetap RM100,000 dengan OCBC Bank layak untuk memohon pinjaman pengajian berjumlah RM200,000.

"Selain itu, OCBC Bank kini akan berurusan secara terus dengan institusi pendidikan, jadi pelanggan tidak lagi perlu pergi ke cawangan kami untuk menyediakan arahan bagi kemajuan pembayaran dan sebagainya, tetapi hanya menghantar bil terus kepada bank," katanya.

Dengan kadar faedah Kadar Asas +2.83 peratus setahun, pinjaman itu tersedia bagi kursus pengajian di institusi pendidikan terpilih dan perlu dibayar balik dalam tempoh sehingga 10 tahun.

Bagi maklumat lanjut mengenai perkara ini, boleh menghubungi talian 1300-88-5000 atau layari laman web www.ocbc.com.my.-- Bernama

OCBC, PTPTN, Earn and Learn

Artikel Lain